KUALA LUMPUR: Ketua Whip Parlimen DAP Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Beliau berkata masyarakat Madani yang bersatu, yang disifatkan sebagai komponen penting untuk negara terus mencipta kejayaan dan maju, memerlukan kerjasama strategik semua pihak yang merentasi kaum, antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
"Dalam era globalisasi yang sedang kita alami, persaingan yang sebenar adalah antara syarikat tempatan dengan syarikat asing khususnya badan korporat antarabangsa.
"Oleh yang demikian, bangsa Malaysia perlu bekerjasama dan bukan bersaing sesama sendiri (atau) terjejas dengan pemikiran lapuk yang terbelenggu dengan mentaliti permainan hasil tambah sifar," katanya menerusi kenyataan selepas menghadiri Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) di Putrajaya hari ini.
Sehubungan itu, Nga bersetuju dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa masyarakat Malaysia Madani perlu fokus meningkatkan daya saing syarikat tempatan untuk bersaing di pentas global dan bukan menumpukan perhatian kepada persaingan antara masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Nga juga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa semua rakyat Malaysia supaya berusaha mencari peluang bekerjasama berpaksikan kepada prinsip Malaysia Madani untuk mencapai kejayaan bersama.
Semangat kerjasama itu, menurut Nga dapat menjadikan Malaysia kembali disegani dan dihormati di pentas dunia serta menjadi ekonomi ke-30 terbesar dan menduduki tangga ke-12 indeks daya saing dunia menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Nga menggesa semua rakyat Malaysia supaya berusaha mencari peluang bekerjasama berpaksikan kepada prinsip Malaysia Madani untuk mencapai kejayaan bersama. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Fahmi sangkal dakwaan PKR tidak bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya parti itu tidak turun padang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Pelajar cemerlang didakwa cederakan rakan baik guna asid
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap kawan baiknya dengan menggunakan asid.
Kerajaan diharap dapat laksanakan cadangan dasar dan inisiatif dengan lebih jelas dan konsisten - NCCIM
NCCIM berharap agar kerajaan dapat melaksanakan semua dasar dan inisiatif yang dicadangkan dengan lebih jelas, sekata dan konsisten.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Piala Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis memutuskan bahawa perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat dibatalkan.
[TERKINI] Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim dan keluarga
Bekas Menteri Kewangan Tun Zaim Zainuddin dan keluarganya hari ini gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Lapan rakan bom ikan di Hutan Simpan Banding didenda RM7,000
Lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.
KL City dalam kumpulan maut Kejuaraan Kelab Asia Tenggara
Kuala Lumpur City FC berada dalam 'kumpulan maut' apabila diundi dalam Kumpulan B bersama juara Liga Thailand 2022/2023, Buriram United FC, pada Kejuaraan Kelab Asia Tenggara 2024/2025.
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.